Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Pembukaan tadarus Al-Quran

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Ukur

1_Pembukaan tadarus Al-Quran.JPG

YANG BERHORMAT Menteri Pembangunan memimpin bacaan Surah Al-Fatihah di Majlis Tadarus Al-Quran Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya sempena bulan Ramadhan 1446 Hijrah / 2025 Masihi. (Gambar serahan Jabatan Ukur)

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 4 Mac. – Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya membuka tirai Majlis Tadarus Al-Quran sempena bulan Ramadhan 1446 Hijrah / 2025 Masihi bertempat di Surau Kementerian Pembangunan, hari ini.

Majlis pada tahun ini dikelolakan oleh Jabatan Ukur dan dijadualkan berlangsung selama tiga minggu di Surau Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

2_Pembukaan tadarus al-Quran.jpeg

PARA pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya dan peserta qari dan qariah yang hadir semasa Majlis Pembukaan Tadarus Al-Quran. (Gambar serahan Jabatan Ukur)

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan. Ini diikuti dengan bacaan Surah Al-Baqarah Juzuk 1 diketuai oleh wakil Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah bersama peserta qari dan qariah yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selepas membaca Al-Quran.

3_Pembukaan tadarus Al-Quran.JPG

TIMBALAN-TIMBALAN Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan turut hadir di Majlis Pembukaan Tadarus Al-Quran. (Gambar serahan Jabatan Ukur)

Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yakub; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Dayang Aldila binti Haji Mohamed Salleh; Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya; Ketua-ketua Jabatan; para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis Khatam Al-Quran bagi Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya akan diadakan pada hari Khamis, 27 Mac 2025, bertempat di Masjid Kampong Beribi.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Ukur.

Attachments